Assalamualaikum…

Pertama sekali, saya bersama Nida, dengan rendah hatinya membuka blog bersama untuk keluarga Hj. Musa. persetujuan ini dibuat memikirkan semakin hari semakin bertambahnya ahli keluarga kita dan semakin jauhnya jarak antara kita.

Antara objektif tertubuhnya blog ini:

  1. untuk mengeratkan silaturrahim antara kita.
  2. untuk mengenal dengan lebih rapat antara setiap ahli keluarga kita yang semakin hari semakin bertambah
  3. untuk memudahkan ahli-ahli baru keluarga mengenali ahli keluarga lama yang sememangnya ramai.
  4. untuk sentiasa mengetahui perkembangan semasa ahli-ahli keluarga walaupun di mana kita berada.
  5. sebagai persediaan untuk masa hadapan supaya ukhwah kita masih berkekalan.
  6. sebagai medium untuk kita berkomunikasi secara tidak langsung.

walaupun kami berdua tahu mungkin tidak ramai yang mampu singgah ke Teratak Ukhwah ni memandangkan jaringan internet yang masih tidaklah terlalu meluas dalam keluarga kita, namun sekurang-kurangnya, kita tahu akan ada generasi kita yang muda-muda ni yang akan singgah ke Teratak Ukhwah untuk melihat dan mengetahui perkembangan semasa ahli keluarga kita.

Jadi, di sini, saya, Nurul Raini Mohd. Ramli dan Rosearnida Senawi mengumumkan pembukaan blog TERATAK UKHWAH HAJI MUSA secara rasmi. diharap objektif pembukaan blog ini akan tercapai. InsyaAllah.. meminjam kata-kata seorang sahabat saya….

“Blog sebagai alat, Ukhwah adalah matlamat”

Sekian.. salam sayang dari bumi Czech Republic…

Advertisements